Monday 5 June 2017

KENALI SHAKLEE, CINTAI SHAKLEE

Assalamualaikum semua kawan2 belog Vitamin tnie 😘

Salam 10 Ramadhan, tak sangka kan dah 10 hari kita berpuasa..cepat je masa berlalu..tnie saja rasa gini ke? Alhamdulillah, moga kita semua dipanjangkan umur dan terus mecari keberkatan di bulan mulia ini.


Berbalik pada tajuk post kita ni, tnie suka nak share dengan pembaca belog Vitamin tnie berkenaan sejarah Shaklee, kita kena kenal baru la kita boleh jatuh cinta dengan sesuatu produk tu kan😊

Jom kita berkenalan dengan pengasas Shaklee yang hebat niπŸ’ͺ


Founder Shaklee iaitu Dr Forrest C. Shaklee dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Iowa. Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidap penyakit tuberculosis (batuk kering/tibi). Doktor kemudian meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga 8 tahun.

Disebabkan penyakit beliau, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.

Zaman kanak-kanak Dr Shaklee banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Apabila beliau sudah mengingkat remajas, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal. Walau bagaimanapun, Dr Shaklee tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.

Antara petikan ayat yang paling digemari oleh Dr Shaklee adalah,
''Animals watch for the signals and listen to the voice for Nature, while men have forgotten how to read or listen to them''

Bermula sebagai seorang Chiropractic Practitioner

Dr Forrest C. Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah '' Physical Magazine'' yang mengatakan ' dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit'. Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan Science of Chiropracticcare.

Dr Shaklee kemudiannya mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketahui oleh B.J.Palmer, Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasaka Chiropractic adalah satu-satumua rawatan untuk penyakit fizikal. Dr Shaklee percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.

Sewaktu menjadi seorang chiropractic practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bercambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan ''Vitalized Minerals'' yang sekarang dikenali sebagai Vitalea. Mutivitamin Vitalea yang kita dok makan tu da ada lebih 102 tahun, kiranya anak sulung Vitamin dari Dr Shaklee la niπŸ˜„πŸ˜„

Pada tahun 1917, Dr Shaklee berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripada Chiropractors, malah Osteopaths, Insternist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.


Namun, ini yang orang cakap, langit tidak selalunya cerah, Dr Shaklee diuji dengan Kanser tulang pada tahun 1921. Disamping menguruskan pusat rawatan beliau, Dr Shaklee juga menghabiskan banyak masa untuk mempelajari tentang bidang baru pada waktu tersebut, iaitu X-Ray Diagnosis. Pada waktu tersebut, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. Dr Shaklee merasa simptom-simptom seperti sakit di pinggul kanan dan bahu kiri beliau. dan beliau akhirnya berjumpa dengan seorang pakar Kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada Kanser.

Dr Shaklee mempunyai seorang isteri dan seorang anak. Beliau tidak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa 'dikudungkan'. Beliau memberitahu isterinya, ''Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.'' Dr Shaklee percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembuhan secara semulajadi.


Dr Shaklee melawan kanser secara semulajadi

Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan insentif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.

Pada mulanya, kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif namun beliau tidak berputus asa. Dr Shaklee percaya akan sembuh sekiranya beliau terus berfikran positif dan juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.

Pada penghujung tahun 1922, kanser Dr Shaklee semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kasner. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat,

Bermulanya Bisness Suplemen Dr Shaklee

Pada tahun 1924, Dr Forrest C. Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan (suplemen) yang dipakejkan oleh beliau dan diberkan kepada pesakit.

Namun ujian demi ujian, Dr Shaklee sekali lagi diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau, Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys To The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi, '' When all else is destroyed, only the product of the mind exists''.

Atas peristiwa itu, beliau telah mencipta '' First Mobile Home'' dan nekad untuk travel bersama family beliau.

Walaupun beliau mempunyai minat yang pelbagai, Dr Shaklee membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Beliau berpindah ke Eugune, Oregon dan kemudiannya ke Oakland, California.

Dr Shaklee bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam ( the power of nature). Dua tahun kemudian (1947), beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai ''thoughtmanship'' (Copyrighted)


Penubuhan Shaklee Corporation

Pada Penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Dr Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentingan nutrisi dan Suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan supplemen.

Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan dengan nama 'Shaklee products' atas dasar memberi komitment 100% kepada orang ramai untuk menjadi sihat tanpa mencemarkan alam sekitar.

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepentingan suplemen Dr. Shaklee memberitahu anaknya, ''Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain''.

Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhirnya keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen  yang menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakina Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah ''thoughtmanship'' beliau.

Begitu lah sejarah penubuhan Shaklee dan liku-liku perjalanan hidup founder of Shaklee iaitu, Dr Forrest C. Shaklee.

Sangat memberi inspirasi kan?

Sumber penulisan ini big thanks to Wikipedia, Google, Maestro Shaklee Empire (MSE)

Hamba Allah yang menulis dari hati,
T.N.I.E
016-4473140



No comments:

Post a Comment

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit